Monday, 4 April 2022

Kisah tahun akhir pelajar perubatan.


kita tidak tahu sejauh mana kita kuat sehinggalah kita mampu melewati fasa tersebut, ya itulah yg aku sering katakan pada diri setiap kali aku merasa aku tidak kuat dan tidak mampu. Alhamdulillah, 18/3 mencatatkan sekali lagi peristiwa bersejarah yang bahagia dalam hidup aku pada usia 25 tahun. ketika namaku dipanggil semasa pengumuman keputusan professional exam sebagai graduan doktor. tidak mampu digambarkan perasaan bahagia kerana berjaya menyelesaikan tahun pembelajaran . lima tahun setengah berjuang dengan tangisan, penat lelah dan kenangan pahit dan manis , setiap bulan dipenuhi dengan peperiksaan , mahupun kuiz . terasa dibalas oleh Allah dengan satu panggilan nama. sesungguhnya Allah Maha Besar. segala pujian hanya untuk NYA. 

izinkan aku menceritakan kenangan dan pengalaman aku di akhir tahun sehinggalah menjelang hari peperiksaan. dan ingin aku maklumkan bahawa setiap insan yg aku turut ceritakan di dalam coretan ini , mereka adalah inspirasi dan pengajaran dalam hidupku dan aku bersyukur kerana dapat mengenali mereka. 

ok. kisah tahun akhirku bermula di sini, kenapa aku memilih tahun akhir sahaja untuk diceritakan di coretan ini, kerana akan jadi terlalu panjang jika mahu dimasukkan kisah perjalananku sepanjang lima tahun setengah. 

aku graduan pelajar perubatan di universiti tempatan. memilih universiti tempatan sememangnya pilihan aku dan keluarga kerana aku seorang yg tidak pernah berpisah daripada keluarga jadi aku fikirkan berada di dalam negara sahaja , memilih jurusan perubatan adalah impian aku sejak kecil, sejak kecil aku suka membayangkan diri aku sebagai seorang doktor, aku suka berbicara dengan mereka yg lebih dewasa dan aku seorang yg tidak mampu menolak permintaan orang. sejujurnya aku tidak tahu kenapa aku mempunyai minat menjadi seorang doktor sedangkan aku tidak mempunyai sejarah keluarga dalam bidang kedoktoran. menceburi bidang ini tanpa ada satu ilmu pengetahuan atau gambaran merupakan langkah terbesar pada waktu itu hanya dengan minat yg aku genggam. ada yang kata , hanya dengan minat tidak mencukupi, tanpa ada alasan kuat kerana minat boleh hilang selari dengan masa . ada pula yg kata , menuruti permintaan orang tua juga tidak mencukupi kerana kita tidak melakukan dengan ikhlas. tetapi bagi aku , minat dan restu org tuaku yg menjadikan aku sekarang. 

tahun lima, aku mengambil keputusan untuk duduk di bilik seorang, tanpa kawan sebilik. mempunyai alasan peribadi kerana aku akhirnya membuat keputusan tersebut tetapi aku cekalkn hati. seorang insan pernah berkata, jika aku tidak keluar dari masalah yg aku hadapi, aku akn berkahir dengan menyakiti hati aku sendiri dan juga menolak kehadiran mereka yg lain yg sudi berkawan dengan aku. jadi aku nekad walaupun aku tahu sukar untuk aku sendiri aku tawakal. 

aku bersyukur tuhan hadirkan seorang insan yg bernama arif, seorang kawan yg sngt baik hati, pemurah dan sangat supportive. menjadi teman aku belajar, hari demi hari kami rapat dan dia menjadi kawan baik aku, melakukan semua aktiviti clinical bersama, berkongsi ilmu tanpa rasa kedekut dan tempat aku meluahkan semua perasaan setiap kali aku happy dan down, setiap kali aku merasa tidak layak menjadi berada di jalan ini. 


hidup tanpa rakan sebilik juga bukanlah perkara yg mudah, acap kali aku keseorangan dan kehilangan motivasi diri, tanpa ada peer pressure, tanpa tahu apa yg rakan rakan sebilik lain belajar dan berkongsi ilmu, aku sedar aku kena mengerakkan diri aku sndri. ada masanya aku tidak rasa mahu belajar, depressed dan penat kerana aku rasa masa aku terhenti. siang dan malam belajar , menghafal dan perkara tersebut berulang membuatkan aku kerap merasa putus asa. apa yg motivasikan aku pada waktu itu, sejujurnya bukanlah minat tetapi memikirkan wang dan masa yang telah terhabiskan , aku kena tamatkan apa yg aku mulakan. tetapi allah maha pemurah, dalam setiap kesedihan dan hati yg berbolak balik allah hadirkan peristiwa2x yg mengubat perasaan aku menjadikan aku suka berada di hospital.
contohnya, kenangan2x assist surgeon melakukan beberapa pembedahan kecil mungkin bagi sesetengah pelajar merupakan perkara biasa, tetapi untuk aku, ia adalah sesuatu yg berharga. 

sejak pandemik, kami melalui tahun pengajian yg sukar, dengan kekangan masa dan ruang untuk belajar bersemuka baik dengan pesakit mahupun doktor, pelbagai episod isolasi kendiri dan berpindah- randah antara kolej, dua minggu sebelum peperiksaan akhir, kawan baik aku disahkan positif covid. aku juga termasuk dalam kontak rapat dan terpaksa menjalani kuarantin. saat saat yg mencabar kerana minggu minggu akhir, aku memerlukan kawan kawan serumah untuk belajar, sehari sebelum peperiksaan, kami serumah dikejutkan dengan berita kawan serumah kami pula positif, konsekuensinya kawan kami terpaksa menangguhkan peperiksaan selama 6 bulan,namun hasil perbincangan para doktor , berkat doa doa org org tersayang, kami dibernarkan menjalani peperiksaan isolasi khas untuk kontak rapat. jika mengingatkan kembali hari tersebut, aku sangat takut dan risau, walaupun aku tahu, setiap yang terjadi ada hikmah tetapi pada waktu itu, untuk menerima dan melalui hari hari tersebut seakan terasa panjang. walau terpaksa melakukan ujian kendiri setiap awal pagi, tangisan setiap hari, sleepless, continuous anxiety takut peperiksaan dan andai kata positif covid setelah pertengahan peperiksaan, serangan asthma , selama 2 minggu, fast forward, tibanya hari pengunguman. alhamdulillah. aku lulus

bagi rakan-rakanku yg diuji dengan psotif covid, kehilangan org tersayang semasa hari-hari kalian melalui tahun akhir, yg terpaksa menangguhkan peperiksaan kerana sebab sebab tertentu, mereka yg tidak melepasi peperiksaan kali ni , kalian lebih kuat dan ujian kalian jauh lebih besar berbanding yg aku pernah hadapi selama lima tahun tetapi Allah berikan ujian mengikut kemampuan hambanya dan kepada hambanya yg kuat sesungguhnya perancangan allah lebih indah. doa aku akn sentiasa untuk kalian, semoga kalian akan lulus di kesempatan kedua dan di masa akan datang, urusan kita akan dipermudahkan dan kita semua akan berjaya menjadi doktor-doktor yg berjaya, cekal, selamat dan sabar dan penyayang. 


my idol Dr M, neonatologist 
mula kenal dr actually daripada my senior, kak aina and abg nash. 
kenangan pertama dalam kelas dr, saya dapat jawab soalan about hemolytic uremic syndrome, at that time ramadhan , dr challenge whoever can answer his quiz will get cash money from him hahaha agaknya sbb lapar kot dpt jwb eayk.. so that my first memory with you during bedsite. 
actually takut masa awal awal kelas ( year 3 clinical) sbb english mmg tak fluent, confidence level pon masa tu baru nak build up tapi by the time i take that as challenge, everytime kelas ngn dr i will always want to answer his question even if salah... he actually the first person yang always remind us about be profesional, be humble, friendly but firm. thank you dr for be my role model. 

 
teman serumah tahun lima dari kanan kak kinah, kak wany, aku, mira, kak nisa, kak farah, dayah
dan arif di belakang. they are all my studymates.


hari peperiksaan, yang lain exam dkt hall, sbb close contact kami exam depan audi sbb kena tempat terbuka, but actually its a nice spot

last end of posting examination (surgical posting)

final exam for year 4 (end of semester yang paling rasa mcm zombi sbb non stop study, semua exam posting yang tertangguh since pkp dikumpulkn dlm minggu yang sama) 

oklah, actually too much bitter and sweet memories and pictures worth it to put it here but until here , till my next stories byeee~






Monday, 18 October 2021



Dalam kehidupan ini, kita akan melalui pelbagai cabaran dan ujian, ada yg diuji ketidak cukupan kewangan, ada yang diuji dgn kepayahan mecari pekerjaan, konflik dalam keluarga dan perhubungan dgn manusia. kita sering mencari jawapan kenapa kita yang melalui dan adakah org lain juga melalui perkara yang sama. aku juga tidak lari dari berdepan dgn ujian, ujian dalam perhubugan mencari teman yg ikhlas, kenapa tidak setia? kerana setia itu sukar, terlalu banyak keadaan yang akan memisahkan pada akhirnya. mencari kawan yg ikhlas dan mampu bersama kita melalui setiap fasa merupakan anugerah drpd tuhan, kawan itu juga adalah rezeki bg setiap org. 
aku pernah berada di dalam keadaan dimana aku tidak diperdulikan dan diketepikan. tidak aku ketahui alasan disebalik perlakuan tersebut, walau aku cari dan fikir sejuta kali , tidak akan aku menemui jawapan. aku redha akan ujian meski setiap kali aku menghadapi mereka , jiwa aku sedih dan kecewa. cuma yang pasti aku mengerti, tuhan hadirkan dan hilangkan orang dalam kehidupan kita bersebab, walau ia sementara atau kekal . yang kekal merupakan hadiah yang sementara adalah pengajaran dan hikmah. terima kasih Allah kerana engkau memberi aku peluang merasai nikmat sedih dan gembira. 

aku bukanlah penulis , coretan ini merupakan apa yg terlintas di dalam fikiranku, melambangkan perasaan aku di kala ini.