Wednesday 20 February 2019

clinical examination in uitm



Hari ni aku terpanggil untuk menulis setelah sekian lama tidak membuka blog, sebenarnya tidak tahu ingin bercerita tentang apa, acap kali berfikir ingin sahaja menutup blog ini tapi masih sayang. hahaha mungkin satu hari blog in berguna.

kini aku sudah berada di tahun tiga sebagai pelajar perubatan , first of all syukur alhamdulillah , aku bersykur dengan setiap tahun yang aku tempuhi,stakat ni apa yang aku rasa? segalanya bercampur.  berjayakah aku menjadi seorang doktor yang berjaya.?dan yang penting adakah aku akn menjadi seorang doktor yang baik? aku sedar berjaya sahaja tidak cukup, bila kita menjadi seorang doktor yg baik, penuh dengan kasih sayang dan ikhlas dlm melaksanakan tugas bagi aku itula isitilah doktor yang hormati sejak aku kecil. In Syaa Allah, dengan doa dari mereka yang menyayangi dan sentiasa menyokong aku untuk terus melangkah, aku berazam untuk menghadiahkan gelaran doktor tersebut, aku akn terus berusaha untuk mencapai impian aku.
setelah dua tahun menghadapi tahun praklinikal, aku semakin sedar, tahun klinikal lebih mencabar. kami berdepan dengan peperiksaan yang bg aku sgt menakutkan. walaupun berkali-kali menghadapi peperiksaan, perasaan takut tu tak pernah hilang , tapi alhamdulillah, Allah masih izinkan aku untuk terus bertahan dan terus melangkah. so apa kata kali ni aku cerita pasal peperiksaan yang dijalankan di universiti aku. 
Tahun praklinikal dan klinikal sangat la berbeza, kami diajar untuk lebih mendekati kehidupan para doktor dan masyarakat. tapi aku hanya akan bercerita tentang peperiksaan yang dijalankan,
tahun klinikal ad dua jenis peperiksaan yang dipanggil End Of Posting dan End Of Semester. 

satu posting berjalan selama 2 bulan, so basically satu semester akan dipenuhi dengan 2/3 posting, 2 bulan tu memang terasa sekejap, tapi sebenarnya cukup je untuk belajar walaupun hari hari akan buzy ulang-alik hospital dengan clerking, bedsite teaching, observe ot , presentation case dan seminar.

Eop ni bagi aku lagi mencabar dan susah berbanding Eos. Eop ni bila habisnya
posting,kami akan diberi pesakit dan membuat pemeriksaan keatas pesakit tu. pemeriksaan yang dipanggil history taking dan physical examination. so kami kena present kes tu depan dr, come out dengan diagnosis, investigation dan management which is kami kena hafal all the disease and find one suitable disease that called diagnosis for the patient and the rest we called differential diagnosis that we have to rule out along the examination. for me EOP is juga rezeki dan nasib, not only the patient that can help you, the most important thing is ourself. so just imagine, for me the best and the right thing to do is , relaks and go with the flow but seriously that the hardest thing that i can do because i tend to push myself to remember what i had memorized. but surely, i will do better by the time im in final year. In Syaa Allah, Ameen (doakan saya peeps!)

Sepanjang satu semester in clinical year, aku belajar banyak perkara yang buat aku lebih matang, walaupun banyak kesilapan yang aku buat dan perkara yang buat aku kesal, aku belajar untuk terus yakin dan sentiasa bersangka baik dengan Allah, sebab setiap perkara yang jadi semua atas kehendak dia. bagi aku, sesiapa yang ingin masuk ke dunia perubatan, mmg kena ada hati yang kuat. bagaimana nak berhadapan dengan penolakan yang hampir setiap hari kena hadapi. daripada pesakit, penjaga sehinggala ke doktor. sebab pembelajaran bukan sahaja berdasarkan buku dan sumber bacaan yang boleh dapat dekat mana-mana. pesakit dan doktor itulah sumber yang paling utama. 

memandangkan terlalu banyak rasa nak diceritakan , aku sendiri tak tau nak mulakan dan akhirkan dekat mana so aku proceed dengan EOS. so eos ni exam gabungan daripada 3 posting yang kau lalui sepanjang satu semester. so yang lainnya eos ni adalah berdasarkan teori, iaitu exam atas kertas. so lebih relaks dan boleh tumpukan apa yang ada dalam buku dan apply berdasarkan pengalaman sepanjang posting-posting tersebut. so eos ni ada mcm mcm jenis paper. ada yang exam selama 30 minit yang mana nila exam paling cepat penah aku hadapi selama aku bergelar student. hahaha nak cerita apa yang jadi selama exam 30 minit tu pon best tapi malas la. so sapa sapa yang nak masuk medic, sila merasai sendiri kehangatan exam tersebuttttt. 

mari aku senaraikan posting 2x apa yang ada untuk tahun tiga sebab aku baru berada di tahun tiga.  banyak lagi posting untuk tahun 4 dan 5
1. obstetric and gynaecology (sakit puan)
2. surgery 
3. paediatric
4. medicine
5. public health management 

posting yang paling best bagi aku adalah OnG, sakit puan. aku rasa nilah posting yang stakat ni aku excited dan paling suka. mungkin sebab pengalaman pertama berhadapan dengan para ibu dan wanita, rasanya seperti melayan ibu dan kakak sendiri. masa posting OnG, logbook aku penuh dan aku rajin pergi oncall, haha rasa setiap hari aku ke hospital. tapi masa surgery aku malas siket, sebab ashk kena reject ngn patients. tapi bukan salah mereka, mereka sedang sakit,  tapi aku suka masuk operation theater (OT), sebab aku suka jumpa pakar-pakar bedah. aku rasa termotivated sebab dyorg sangat awesome and cool. i fall in love with their passion, comitment and responsibility. seriusly snaman kaki dan rajin rajin la lenguhkan kaki, sebab masuk ot mmg kaki kena tahan, walawe minggu pertama aku start observe ot ,kaki ni rasa nak cabut letak sebelah. hahaha posting lain aku tak lalui lagi, so yang ada sekarang cuma assumption. 

ok cukuplah kot entry pasal exam kali ni, kalau ada pertanyaan boleh tinggalkn comment,entry ni walaupun banyak negative tp bukan niat nak putuskan semangat adik adik yang nak masuk med school, just nak bg gambaran yang lebih supaya korg bersedia lebih lagi untuk terus kejar cita cita. the most important thing, ask urself why you want to be a doctor? sebab soalan tu akan ramai yang tanya and jawapan tulah yang kita kena pegang sampai akhir hayat kita. aku masih ingt kata-kata mentor aku, be doctor u always have to be patience and persuasive. sampai akhir hayat, pegang la dengan sabar, sebab sabar tula pengorbanan paling terbesar yang kita kena hadapi.