Monday 30 December 2013

sepi malam menguasai..




putaran kipas yg ligat menampar lembut di pipi..
sesepinya malam begitulah juga sepi rasa di hati..

mencari dan terus mencari.. 
sebab dan sengketa segala yang terjadi..

bukan simpati yang minta diberi..
tapi hanya suatu kenyataan yg pasti..

Tuesday 24 December 2013

hadirmu suatu kurnia.. diriku hanya insan biasa

biarlah bersendirian..
agar tiada hati yang disakiti..
biarlah berseorangan..
agar tidak saling menyakiti..

deru ombak kedengaran..
begitulah sepertimana gelodak rasa hati..
desir angin menampar, menyinggah kesedihan..
begitulah yg menusuk di segenap sanubari..


pergilah.. pergilah.. 
wahai hati yg lara..
membawa diri menenangkan jiwa.. 

hadirmu suatu kurnia..
tp diriku hanyalah insan biasa..
yg sntiasa ashk mengguris hati..
tanpa sedar aku menipu diri.. 

jika takdir mempertemukan kembali dengan sebarang cara..
itulah jodoh namanya..
tp jika perginya tanpa kembali..
janganlah hadirlagi hati yg berbelah bahagi..

parajurit jiwa : bicara hati 




Monday 23 December 2013

adakah masih berkisar tentang kisah yg sama?



beberapa detik lagi... seakan ia menjadi ketakutan dan kelemahan yg melenyapkan segala semangat yg membara?

ADAKAH SEGALANYA MASIH BERKISAR TENTANG KISAH YG SAMA???

betapa aku cuba untuk menenangkan gelodak rasa hati yg semakin mencengkam hebat..
wahai angin yg meniup bayu. seandai boleh aku meminta agar dapat membawa segala konflik yg menghantuiku.. agar aku dapat merasai ketenangan dan menghirup nafas yg selama ini aku dambakan.. tidaklah aku mengeluh atas segala yg berlaku tp hanya ingin segalanya kembali seperti normalnya.. mampukah aku bersifat optimis hanya untuk sedetik lagi.. sedetik yg ku rasakan putarannya sangatlah lambat... 

rasa hati.. 
seperti lautan yg kelihatan tenang tetapi gelodaknya bagaikan pusaran yg ganas. 

segalanya masih gusar dan hambar... 




Sunday 22 December 2013

MEMOHON KETABAHAN



ada kalanya kita akan sampai di 



suatu titik 



dimana kita



 harus PASRAH , DIAM , IKHLAS dan 



TAK MEMIKIRKANNYA


 
LAGI .



lukisan di wajah tak menggambarkan hati


Sometime you just need to be with the person who makes you smile even if it means waiting... 


DI ANTARA DUA PERSIMPANGAN


tak bisa memilihmu sixth sense with lirics


Friday 20 December 2013

understand me

The worst thing in the world isn't being alone. It's being surrounded by people that make you feel like you're alone.

Thursday 19 December 2013

MY HEART MY SOUL MY LIFE


dalam menempuh cita-cita,
aku gagahkan jua...


dalam memasang impian...
aku belayar bersama angan-angan...


dalam mencari sebilangan teman...
aku gembira bertemu persahabatan...


dalam mencari cinta...
ntah mengapa.. 
hatiku belum terbuka.. 





Sunday 15 December 2013

THINKS ABOUT FUTURE

done edited my new blog.. hah!nampak kan.. sumenya dah bertukar.. from SAKURA TO BOOKS..
mungkin menggambarkan matlamat aku.. setahun je lagi.. setahun je lagi aku pperlu berhadapan dgn alam persekolahan.. ahai tak sabarnya nak habis sekolah, org kata alam persekolahan lah alam yg paling menyeronokan.. for me yes. tp alam sekolah rendah aku lagi shok.. haha.. ok stop cerita pasal kenangan lama.. bukan sebab untuk dilupakan tp untuk disimpan.. bukak mata buka hati.. SEGALANYA DAH BERUBAH..aku kena move on.aku perlu wajib move on.. tak nak biarkan segala masalah yg layak digelar sampah tu mengganggu hari-hari aku yg mendatang...kan aku nak kejar cita-cita aku.. even aku masih kabur apalah aku akan jadi bila dah dewasa nanti... ? lol.. haha.
ok dah bukak cerita psl cita-cita ni kan.. aku terfikir apa aku nak jadi ea.. 
apa kata aku senaraikan 
1) DOKTOR : ok tu impian semua family aku.. nak tengok aku jadi doktor.. sampai paksu aku ckp nak aku smbong belajar kat MESIR.erk actually aku mls nak study lelama.. hahaha tp bila fikirkan balik antara subjek bio dgn addmath.. aku lebih prefer bio.. 
2) CIKGU : urmm tu pon pilihan major aku.. lgpon aku mmg suka dgn proffesion guru ni.. ramai lah jgak guru-guru yg jd idola aku..tp apa yg aku rimas psl nak jd cikgu ni.. hah ashk duduk kat sekolah je.. pandang buku pandang budak budak and segala masalah budak akan diceritakan pada kita. mcm baca buku kali ke-2..

3) BISNES : aku tak de asas dalam akaun.. bt aku mmg suka bayangkan yg aku duduk dlm satu syarikat.. erm tp tgok gaya aku ni mcm tak layak je nak amik bisnes.. aku ni da lah gugup nak wat presentation lgkan nak meyakinkan org.. HAHA 
OK still tak bole make a choice lg.. tgok lah nnt pada result yg keluar mana yg layak aku pergi.. tp aku prefer tok amek diploma kat u dlm negara.. after amek diploma aku nak smbong study kat oversea.. maybe time tu smbong study dgn nadia or my mr perfect 10 ke.. haha ntahlah mcm mcm aku berangan.. semoga Allah kabulkan lah permintaan aku ni.. 
"DENGAN IZIN ALLAH...AMIN"
berlari bersama nadia.. ni lah yg selalu aku bayangkan.. menghadapi hari-hari yg mendatang bersamanya.. terima kasih ya allah kerana kekalkan persahabatan kami. :)

Saturday 14 December 2013

Along 2013


Aslmkm.. lagi dua minggu je nak sekolah.. heyh.. SPM candidate lol.. am i ready? oh maybe yes maybe not.. bt still carried on with my study.. good bye 2013.. 

selama ni aku ashk bercerita je tentang kisah sedih aku sepanjang tahun ni.. rasanya mcm tak de kisah yg gembira pon kan.. by heyh tak lah mcm tu.. ok now i'm keep trying cerita satu satu peristiwa yg menarik.. haha bt aku sendiri tatau sama ada aku ingat ke tak.. sbb slama ni yg teman aku sumenya kisah paht.. ya dak?

ok actually Jejakkan kaki ke Sembrong mmg aku yg nak.. even thought aku bole pilih untuk stay dekat stab.. Samura.. ?? ok Alhamdulillah aku berpeluang jejakkan kaki ke sana even tok beberapa hari.. aku rasa aku tak mampu and tak sekuat yg lain.. haha aku tak bole doe study dlm keadaan yg terdesak and ramai ramai cenggitu.. bukanlah aku kedekut ilmu bt thats my way.. aku tak suka berada dalam keadaan crowded..

and bermulalah bulan satu dlm sesi tahun 2013.. aku jejakkan kaki ke Sersem.. arghh.. rasa tenang sangat.. segalanya damai dgn permandangan yg menyenangkan.. Alhamdulillah terdetik rasa syukur.. smpai je dekat perhimpunan terasa diri ini menjadi perhatian. bukanlah rasa bangga tapi terasa diri ni bakal dihargai.. hari demi hari aku menjadi seorang yg lain.. jadi lebih berani sbb mcm mcm tugasan aku kena buat, belajar banyak perkara.. jawatan slama ni yg aku impikan pon aku dpt. ramai kawan.. pergi pogram sana sini.. ckgu cikgu yg rasanya perhatian diaorang ibarat ibu dan bapa aku..ranking aku pon aku dpt kekalkan.. semoga segalanya akan berakhir dgn baik. Alhamdulillah.. syukur sekali lagi..

"walaupun ku sangka cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari" selepas 3-4 bulan aku mula rasa terasing dan diasingkan.. pelbagai kata-kata fitnah yg dilemparkan, pelbagai salah faham yg berlaku, pelbagai memmori sedih yg singgah.. dalam kesedihan tu aku mula belajar tentang erti berdikari, menjadi seorang yg lebih tabah dan mula mengenali siapa diri aku yg sebenar, Alhamdulillah,, hari demi hari aku berubah menjadi seorang yg lebih baik..

 


Sunday 8 December 2013

MENULIS ITU 'MENYEMBUNYIKAN' DAN 'MENYINGKAP'

bukan simpati yg aku minta tp satu kenyataan yg pasti.. 
tp kenyataan tu betul betul buat aku rasa lemah.. 
salah ke akku?
kejam ke aku? 
jahat ke aku?
persoalan demi persoalan menerjah aku.. ta mampu  untuk meluahkan kepada sesiapa pon lagi, hanya bicara hati yg terluah sedangkan kata-kata tidak lagi dapat aku tuturkan.. aku penat.. aku lelah.. berjuang sendiri di bumi sembrong.. mmg ramai guru yg aku sayangi dan menyayangi aku.. tp aku jugak masih mentah.. masih menginginkan tawa riang rakan-rakan sebaya ku yg lain.. gurauan yg ikhlas.. bukan memperkotak-katikkan aku.. aku juga menginginkan bergambar bersama mereka, keluar bersama mereka, melakukan pelbagai aktiviti.. tp apa yg sering aku lakukan? melarikan diri.. menyembunyikan diri.. menjauhkan diri dgn duduk di bilik disiplin... ya aku tenang di sana.. tp itu semua sementara.. 


hari demi hari. aku mencari jawapan. jawapan kenapa aku sering berasa terasing dan diasingkan.. dan setiap kali jawapan yg aku terima menghampakan.. aku tak berniat nak merampas apa yg kalian miliki,, merebut perhatian apa yg kalian inginkan..aku tak berniat menyusahkan kalian.. segala yg terjadi semuanya kebetulan dan apa yg kalian fikirkan adalah sama sekali..
apa perlu aku buat??
menangis di hadapan kalian? sudah beberapa kali aku terkandas bila mana berhadapan dengan kalian..
berbicara dgn kalian? itu jugakk.. tp yg aku rasakan seperti pengemis yg menagih perhatian dr kalian..tidak pernah aku rasakan keikhlasan ketika kalian berbicara dgn aku..
adkah aku perlu berjumpa dgn kalian sorg demi sorg? aku tidau mahu dianggap memburukkan keadaan..
kata-kata maaf juga telah bnyk aku ungkapkan.. tp segalanya hambar.. tipu jika aku katakan hati aku tidak merasakan kepedihan.. sakit bila berjuang sendiri melawan perasaan yg sentiasa menahan sebak... ta kuat rasanya berhadapan dgn pandangan kalian terhadap aku.. jika segalanya berpunca daripada diriku sendiri.. Ya Allah sedarkanlah aku dari kealpaanku ini.. 
berkali ku memohon.. Ya Allah.. lembutkan hati mereka untuk berkawan dgn aku.. secara ikhlas.. jauhkan segala prasangka buruk dan fitnah yg dilemparkan kepada aku.. sesungguhnya engkaulah Yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang dan engkau jugalah Maha Pemberi Kurnia.. 
aku pasti.. aku yakin segala yg terjadi pasti akan ad hikmahnya.. jika ini jalan takdirku.. aku redha.. aku pasrah.. namun aku pohon pinjamkanlah aku ketabahanmu Ya Allah.. 

"WALAUPUN SESEORANG TIDAK DAPAT BERPATAH BALIK DAN MENCIPTA PERMULAAN BARU, TETAPI SESEORANG DAPAT BERMULA DARIPADA SEKARANG DAN MENCIPTA PENAMAT YANG BARU" 
segalanya dengan izin ALLAH