Saturday 19 June 2021


Wah lama tak update blog. ada ke lagi zaman sekarang main blog? kalau ada kita geng. 
memandangkan setahun sekali je update blog ni so guess what year I'm currently in as medical student? 
jom cerita tentang pengalaman dan keadaan aku as final year student since this pandemic COVID 19 started. 
pertama sekali(lama tak mengarang mcm pelik bunyinya) maaf cikgu bm saya. masa aku mula-mula dapat tau tentang Covid ni just dalam media sosial je. Masa tu sibuk sangat dengan kelas, ward round and etc so tak berapa nak tau sangat perkembangan berita. And then when faculty release as statement that we not allowed to enter and do clinical work in Hospital Sungai Buloh sebab masa tu da jadi Hospital Covid, then i started to notice it become worsen day by day. at that time seingat aku, kitaorg ad 2 weeks posting in Paediatric surgery in HKL. So still ulang alik HKL and then release another statement that HKL doesnt allowed us to enter the hospital as preventive measure. sedihlah time tu! sebab tak sempat lagi explore disease and all clinical works there. nak jadikan cerita, actually i got fever, productive cough, sneezing and sore throat for about 1 weeks da masa tu.  masa tu alamak risaunya. perasaaan nak pergi kelas da serba salah sebab takut berjangkit sebab masa tu setiap hari ulang alik HKL, nak pergi klinik tak de masa pula sebab we still have classes. so after 1 week pergilah klinik , so buat all the blood test,sputum culture and huhu kena buat CXR all negative Alhamdulillah. then i went to class like usuallah. masa dekat kelas everyone like hmm fakulti tak kasi cuti ke sebab memasing pon da risau. hospital tak boleh masuk, nak clerk patient limited, procedure tak boleh buat, so time kelas keluar statement yang kitaorg tak perlu datang ke kelas or hospital sehingga diberitahu. so memasing sebab risau kan duduk kt tempat redzone tu baliklah kampung memasing. nasib baik sempat sebabnya esoknya terus movement control order release by our prime minister. hah sebaik da de kt rumah. hehehe time tu seronoklah jugak... sebab dapat balik rumah. tipula kalau student tak suka balik rumah lols

so after few days , we continue our learning via ODL (online distance learning), yeah i know benda ni tak la baru for others because so far that i know banyak je course yg da buat online learning as a platform tapi for us is a new things. amek masa jugak la nak adapt dengan benda ni and masa tu sebab tak de kepastian sangat yg kitaorg ni cuti ke or still on going sem. so masa study pon da kurang, masuk dua minggu sebulan da mula risau. hah rindu nak balik uni and do all clinical work, face to face class. rindu dengan kawan and masa tu rindu roommate. kebetulan roommate aku senior yg aku rapat sangat dari tahun 1. so this is actually her final sem. so aku plan la macam kitaorg nak study together, dia ajar aku and aku tolong dy revise but hmm tak sempat nak buat semua tu. 

bulan 7 or 8  rasanya kitaorg dibenarkan balik sana semula. masa tu keadaan dah reda, kes makin berkurang so we all allowed to stay in campus sungai buloh but at that time only certain posting allowed to go hospital, mostly onlineclassess. makin lama makin rasa down sbb semangat dah hilang, lama tak practise physical examination dekat patients, tak dapat observe operation and doing procedures. theoritically mmg boleh belajar, tapi apa yang belajar face to face from patients and doctors tu lebih memorable and interesting. 

so after few months kena gabung bilik dengan org lain and then pindah ke kampus selayang duduk dengan kawan baru. after few days pkpd start pulak dekat selayang so we all balik semula ke kampung (todayyyy). bayangkanlah setiap kali pindah kena angkut semua barang so kalau ikut total , 5x aku berpindah randah sebab COVID ni. redha jela

so apa kesan covid ni kat kehidupan kitaorg especially akulah (dari sudut pemikiran dan pandangan aku)
ok online learning is a must, very important to ensure our learning process  continous and sustainable but of course we encountered a lots of dificulty, ada wifi ada data tapi line problem is a very crucial problem. masa nak present buat hal, masa nak dengar information penting buat hal, hilang fokus sbb kena jalan sana jalan sini cari line. mana nak kena buat online quizzes, online lecture, nak cari source from the internet, lagi lagi online exam. 

peperiksaan tangguh,fikir berapa banyak peperiksaan yang tangguh dan berapa banyak nak kena cover and catch up , semua to buat aku meremang. siapa akan faham benda ni kalau cerita dekat orang ? takkan sebab perasaan dan cara kita berhadapan dengan sesuatu berbeza dengan setiap orang. tapi apa pon kita kena ingt yang allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangguppannya. setiap org berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka jadi janganlah kita compare masalah kita dengan masalah orang lain (peringatan dekat diri sendiri) cuma kita hormat lah bila seseorang tu meluahkan perasaan . :) 

keselamatan, bila fikir tentang keselamatan, orang pertama yang aku risau dekat rumah of course ayah. ayah dekat luar kerja siang malam, kawal kawasan covid, jumpa mcm mcm orang dekat luar sana. masa awal awal pkp, masa tu nak beli mask mahal, order pon take some time nak sampai. masa tu isu stok PPE yang terhad ni betul betul buat aku sedih. ayah balik cerita PPE tak cukup, terpaksa kerja tak de PPE tapi sekarang alhamdulillah semua da ok. 

tapi semua perkara ada hikmah dia kan. aku belajar lebih menghargai masa yang ada dengan family, dengan belajar. paling penting selalu kena sabar.