Friday 16 July 2021

kisah perjalanan seorang pelajar perubatan (to be continue)

TENTANG DIA ...


Jam menunjukkan pukul 10 pagi, Jazlin sedang termenung di hadapan komputer sambil gementar menunggu keputusan UPU yang akan keluar dalam masa 2 jam lagi, sudah dua hingga tiga hari dia tidak lalu makan memikirkan sama ada permohonannya merupakan tindakan yang tepat atau tidak. Ketika itu, dia teringat akan pengalamannya berada di Kolej Matrikulasi selama dua tahun. Tidak menyangka bahawa masa berlalu dengan begitu pantas. Tanpa dia sedari dia telah tamat program matrikulasi dengan berbekalkan nilai purata CGPA 3.96. Dia agak kecewa kerana tidak mendapat CGPA 4.00 kerana lemah dalam subjek Matematik pada PSPM 1 namun Jazlin bersyukur kerana dia mampu menamatkan program ini dengan jaya. Dia mengimbau kembali kenangan semasa menjadi pelajar matrikulasi selama hampir dua tahun. Tidak ada suatu hari pon yang berlalu tanpa diisi dengan kegembiraan. Tidak pasti kenapa , hatinya yang terluka daripada peristiwa disisihkan sejak zaman sekolah menengah terubat dengan kenangan dan pengalaman yang dilalui semasa di matrikulasi.
Perasaan yang dirasai ketika pernah dirasai sewaktu dia keliru antara memilih program asasi Sains di Universiti Islam Antrabangsa atau program matrikulasi. Jazlin hanya mempunyai seorang abang yang umurnya berusia dua tahun atas daripadanya , disebabkan itu dia tidak mempunyai banyak sumber rujukan bagi membantu dia membuat keputusan. Jadi, kerana risau tidak dapat menyesuaikan diri dan gusar dengan suasana di negeri lain Jazlin mengambil keputusan meneruskan program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor. Keputusannya itu sangat dipersetujui oleh ahli keluarganya kerana mereka tidak sanggup berjauhan dengan satu-satunya anak perempuan mereka , jauh di sudut hati Jazlin, dia juga merasakan hal yang sama .
Hari pertama  pendaftaran di matrikulasi , suasana sangat meriah dan sesak dengan ratusan pelajar-pelajar dan ibu bapa yang datang mendaftar dan menguruskan urusan kemasukan ke kolej.

“Ayah dan ibu balik dahulu ya.” Lambaian ibu dan ayah ketika senja mulai tiba membuatkan jiwa Jazlin tiba tiba menjadi hiba. Inilah pertama kali dia berjauhan dengan keluarganya walaupun dia seorang yang berdikari tetapi dia sangat manja dengan keluarganya. 
.......
Tibanya di bilik kediamannya, salah seorang teman serumah telah pon tiba. Jazlin menegur tanpa ada rasa kekok dan memulakan perbualan.
“Hai, siapa nama awak? Dah lama sampai?” tanya Jazlin kepada gadis yang katilnya terletak bertentangan dengan katil Jazlin.
“Oh hai, saya Haziqah. Lama juga dalam sejam lepas.” Jawab gadis riak wajahnya yang malu-malu. Jazlin hanya mengangguk dan meleparkan senyuman kembali tanda mendengar jawapan , tidak mahu menganggu gadis itu mengemas barang-barang dia pon lantas mengemaskan bahagian biliknya itu. Masih ada lagi dua ahli rumah yang belum sampai, bisik Jazlin berkata kepada dirinya sendiri. Setelah itu dia tertidur kepenatan selepas menunaikan solat Magrib.
 
Jazlin bermimpi saat dia menerima keputusan SPM beberapa bulan lepas apabila dia tiba-tiba terasa tubuh badannya digerakkan. Sempat lagi dia terfikir ada gempa bumi yang sedang berlaku. Sambil ketakutan membuka mata dia melihat senyuman gadis yang menyelamatkannya daripada gempa bumi itu, gadis yang berambut kerinting , ramping dan mata yang bundar itu memberi senyuman memandang Jazlin yang terbaring.

“Ah, apa yang aku fikirkan ini, aku kan telah berada di kolej, hah ini mesti teman sebilik ku yang lain.” Dia mengomel sendirian sambal menatap kembali wajah gadis itu. Setelah beberapa saat dia pon tersenyum malu.  

“Hai, nama kita Syamiera, panggil kita Mia sahaja, awak Jazlin kan tadi Haziqah ada beritahu. Katil kita dekat sebelah katil awak jadi tau” Kata gadis itu memperkenalkan diri dengan cerianya.
Tiba-tiba, seorang lagi teman sebilik mereka yang baru sahaja selesai membersihkan diri masuk ke dalam bilik. Farahin, seorang yang sukar didekati pada mulanya namun sangat penyayang dan bertimbang rasa. Katilnya terletak bersebelahan dengan Haziqah.

besambung....

dua minggu sesi orintasi telah pon habis, sehari sebelum kelas bermula, kakinya terseliuh. Malu memikirkan bagaimana hendak ke kelas esoknya dia hanya mampu menebalkan muka. Sudah ditebaknya bakal ditegur oleh guru kelas MT3, cikgu Azam. "belum pon mula perang perisai sudah tercedera sambil tergelak kecil", Jazlin tidak mengambil hati malah tersengih sahaja mendengar komentar gurunya itu. 

hari-hari di matrik dipenuhi dengan rutin yang sangat sibuk. Jazlin ditempatkan di modul tiga, walaupun pada mulanya dia mengharapkn ditempatkan di modul satu kerana baginya sesuai dengan keputusan spm namun selepas tempoh dua minggu orintasi dia mulai suka dan selesa berada di modul tiga, kawan-kawan sekelasnya jugak sangat ceria dan bersikap sederhana membuatkan dia sentiasa ceria ke kelas. Jazlin, Hidayah dan Ifah telah pon menjadi tiga sekawan yang selalu menghabiskan masa ke kelas, makan dan melakukan tugasan makmal bersama. Dia yang tidak menyukai subjek sains komputer sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang dpt membantu dia menguasai subjek itu. Jazlin dan Hidayah jugak mempunyai chemistry yang kuat, mereka berdua bercita-cita untuk menjadi seorang doktor , kerana minat dan sikap yang sama , mereka menganggotai kelab yang dikenali sebgai seven skuadron di bawah biro akademik persatuan perwakilan pelajar. kerana aktif di dalam kelab dan berada di kelas yang sama mereka sering menghabiskan waktu berlajar dan bermain bersama-sama. 

hari demi hari berlalu, dua semester telah pon berakhir. kini Jazlin telah pon melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah perubatan dan pembedahan, manakala Hidayah mengikuti ijazah pergigian di universiti tempatan yang terkenal. tidak kurang Ifah dan rakan-rakan lain terlah berjaya menamatkan program ijazah mereka.  jika mahu digambarkan di dalam pernulisan mengenai kenangan yang dilalui agak sukar kerana keterbatasan oleh pembendaharaan kata oleh seorang pelajar perubatan. namun, andai kata suatu hari ada msaa dan rezeki, akan aku upah seorang penulis menulis kisah perjalanan aku sebgai seorang pelajar perubatan. 

terlalu banyak kenangan indah, pengajaran, pengalaman pahit  yang sentiasa mekar di dalam ingatan yang mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang diluar sana ingin menceburi bidang ini.