Tuesday 26 November 2013

Rindu Pengubat Luka - Toi TV3


TAK ADA SESEORANG YG DILAHIRKAN UNTUK MENJADI SEORANG YG JAHAT ATAU PENDENDAM..semuanya kerana luka yg terlalu mendalam sehingga kita tidak dapat mengelak untuk menutup perasaan itu..




Monday 18 November 2013

mudahan dengan harapan kau membaca entri ini

mudahan dengan harapan kau membaca entri ini..
bukan mencemburui kehebatan kau..
jauh sekali niat membenci kau.
malah aku sangat mengagumi kau..
tapi dengan harapan kau dan aku bergelar sahabat..
agar kita mampu berkongsi rasa bersama.. 
budi baik kau tak pernah aku lupa..
kerana kau juga aku mengenal diri ini..
belajar memberanikan diri.. 
dan belajar menangani segalanya sendiri..
walaupun kau dan aku adalah berbeza..
tapi niat hati kita sama..
maaf jika diri ini bersalah faham padamu.
dan aku memaafkan jika kau juga bersalah padaku.. 
mungkin kata-kata dusta membuat kita jauh berenggang..
sebulan mengenalmu sangat la indah sebenarnya..
kita rapat bagaikan tidak mampu dipisahkan..
alangkah indah jika sedekad bersamamu pasti mampu membuatku bahagia..
kau aku..
 sering dilagakan..
 sering dicemburui.. 
malah melihat kita berdua juga membuat mata-mata sekeliling tercuit hasad..
sehingga kita menjadi tidak bertegur sapa..
tetapi bila berdua..
 seolah kita berkongsi rasa yang sama.. 
tak pernah aku berniat merampas apa yg ada darimu,,
jauh sekali memiliki apa yg ada padamu..
apa yg aku lakukan hanya untuk ketenangan diriku sendiri..
Ya Allah.. Aku mohon maaf andai terbit niat buruk dalam hati ini..
kerana aku juga hanyalah insan biasa..
kepada si dia, maaf sekiranya kau berkecil hati dgnku.. atau merasa diri ini menjadi persaingmu..
harapan untuk Kau dan Aku menjadi sahabat tidak pernah luput..

AHAI... MUNGKINKAH BEGINI,,
HANYA MIMPI!!!

ikhlas itu rahsia



kita memberi bukan untuk menerima,
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa,
tulus, putih dan murni hati kita,
memberi adalah kerana-Nya jua.
INSYAALLAH..
jika itu hatiku pinta..


tidak mengapa jika tidak dikenang,
asalkan segalanya memberi satu ketenangan,
menyebut kebaikan meragut keikhlasan,
bukan kerana kelebihan kita.


dalam samar mainan rasa,
kekadang datang jua serpihan bangga,
mengharap adanya balasan,
mendamba hadirnya kemashuran.


bukan itu yang diburu sejak mula,
ditagih kasih rasa di depan-Mu,
bila terasa segalanya daripada-Mu,
rebahla segala daripadaku yang hina.


TUHAN...
dunia ini tidak panjang,
tahun terasa detik di putaran usia,
mengharap yang abadi,
kan lenyap segala ilusi,
bantulah aku,
DALAM MEMAHAMI RASA ITU..




mungkin kata-kata hanyalah mainanku..
mungkin dambaan jiwaku..
percayalah kepada-Mu yang satu..
akan ku serah takdirku kepada-Mu..



Friday 15 November 2013

Hargai setiap detik

"jangan melihat kepada kesedihan luaran, sebaliknya lihat kepada keindahan yang tercipta di dasarnya"

Sesetengah orang mengatakan ... sampai satu saat, kita pasti akan kehilangan orang yang kita sayangi, orang yang kita dampingi, orang yang sentiasa berada di hadapan mata kita. Ya , betul. sehingga ad juga yang bertegah jangan terlalu dalam menyanyangi seseorang kerana apabila saat kehilangan tu tiba kita mungkin tidak atau sukar untuk bangkit dari kekecewaan. 
Itu betul, tapi bagi dieya perkara yang lebih penting adalah saat kita bertemu dengan mereka.

 "Nikmatilah keindahan saat itu dan lupakan yang lain. Hidup menjadi hambar sekiranya kita tidak belajar menghargai momen-momen indah yang terbentang di hadapan mata. Sekiranya kita fikir dunia ini kejam, kita silap."

"Kepayahan yang kita alami dalam hidup seharusnya menjadikan kita lebih kuat. Ia sepatutnya mengajar kita menghargai semua yang kita miliki. Nikmatilah dan hargai semua momen kecil yang indah seperti ini. Jangan tunggu sehingga ia berlalu pergi."

Kata-kata yang dipetik dari seorang Proffesor luar negara bernama Garrett Bauman sangat mengajar Dieya untuk terus bangkit dan bersemangat melalui hari-hari yang mendatang. 
Apa yang Dieya sedari untuk setahun yang dilalui, kegembiraan takkan sentiasa berpihak kepada kita. Perspektif kita mengenai kehidupan akan berubah selepas kita melalui perubahan dalam fasa kehidupan itu sendiri.
Apa yang sentiasa Dieya cuba tanamkan dalam diri, Kita tidak mampu mengawal takdir yang ditentukan kerana takdir merupakan jalan terbaik yg Allah berikan kepada kita. Apa yang mampu adalah mengawal cara agar kita dapat tangani setiap masalah yang mendatang dalam perjalanan kita meniti hari yang mendatang.

"Pengalaman mendewasakan kita. Apa yang dipelajari daripada pengalaman mengajar kita untuk lebih berdikari.Kebahagiaan adalah ketenangan yang diperoleh dan berakhir dengan senyuman yang mekar. Kemampuan kita untuk berhadapan dan menangani masalah yang hadir, kejayaan yang kita peroleh dalam waktu kita berhadapan dengan masalah merupakan satu kebahagiaan." 

Kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan berjalan seiring dalam kita meniti arus kehidupan. 


Jadilah seperti pohon sakura.. hadirnya seketika tapi menghadiakan senyuman yang berpanjangan.

Wednesday 13 November 2013

Melihat Dunia Dengan Perspektif yang Berbeza


~ROBERT BRAULT~
mengatakan...
Hargai setiap detik yang mendatang kerana ia mungkin menjadi detik terindah dalam hidupmu. :)
Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan? sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Kesedihan dan Kegembiraan berjalan seiring dalam arus kehidupan kita. Kemampuan untuk kita menangani setiap kesedihan yang ada juga merupakan satu kegembiraan. Bukankah begitu ?
Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup? Sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak. bukankah lebih ramai lagi yang menghidap masalah yang lebih besar? penyakit seperti kanser yang menghidap sesorang juga msalah kepada mereka? kemiskinan yang tida berkesudahan juga suatu masalah? dan banyak lagi masalah yg berpanjangan.. 
kita yang mengalami masalah yang boleh diselesaikan atau mungkin juga ada masalah yang hanya boleh kita abaikan.. jadi mengapa kita mahu berputus asa? 
Mengapa harus berkeluh kesah? sedangkan masalah yang kecil ini.. ia akan berlalu juga pada akhirnya. Bergantung kepada diri kita? sama ada terus berkurung memikirkan masalah yang ada atau bertindak menyelesaikan masalah yang ada .. bukankah lebih baik begitu?
"Hidup ini menggembirakan sekiranya kita sendiri yang menggembirakan" 

"Membuat orang lain turut merasa gembira juga merupakan kebahagiaan kepada kita" 

  

kata-kata ini juga yang mengajar saya untuk belajar melihat dunia dengan perspektif yang berbeza, mengingatkan saya supaya mencari kebahagiaan dalam semua perkara walau sekecil mana pun ia. 

SHE IS MY TWIN..

SMILE =) 
SAHABAT ADALAH SESEORANG YANG MEMPERCAYAI MASA SILAM KAMU, PERCAYA PADA MASA HADAPAN KAMU DAN MENERIMA KAMU SEADANYA.

~Henry David Thoreau~ 
mengatakan...
^^
melangkah ke arah impian kita dengan yakin. Jalani kehidupan yang sering kita bayangkan. 
=D

its about hearts

hye guys,, i'm start to writting agains.. just to spell out my feeling. do you know what.. tahun ni tahun yg plng mencabar tok aku.. dalam masa setahun aku tempuh pelbagai perkara, belajar banyak perkara, sometimes ad yg mencabar, menggembirakan, menyedihkan dan kadang-kadang a lilttle bit buzy with my life.. bt totally this year change my attitude fully.
tahun baru, sekolah baru, subjek baru, kawan-kawan baru, boyfriend baru, nopes.. not boyfriend ANYMORE.!.. ok actually tak la baru sgt. da setahun berlalu da pon... 
sometimes i feel lonely, sometimes i feel very happy.. tp kdg kdg aku lebih bnyak rasa kehilangan. tp semakin aku rasa tntg saat kehilangan aku rasa banyak pulak pertemuan kali ni. bersyukur dan redha sering sahaja berjalan seiring. dua perkara yg tros buat aku ttap bangkit melawan kesedihan yg ada.
KENAPA? KENAPA? KENAPA?
kenapa aku perlu rasa semua ni.. yup mungkin sbb aku da makin meningkat dewasa. so hard so tough to pass through all this moment! feel like i cannot be myself anymore. 
where am i? where my jokes? where my bebling? where my laughing?
kadang-kala org ckp.. kawan silih berganti, setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.
walaupun kadang-kala perkara tu menyakitkan.. tp alhamdulillah..aku masih berdiri.
segalanya bermula di sini. 


Accept the seasons of your heart

Could you keep your heart in wonder at the daily miracles of your lufe, Your pain would not seem less wonderous than you joy, And you would accept the seasons of your heart, even as you have always accepted the seasons that pass over your fields, And you would watch with serenty through the winters of your grief.

Monday 11 November 2013

tika diri dilanda rindu.. siapakah yg datang mencuit hati,, ?


Wahai diari hati.. 
Apakah bisikanmu.. 
Mencoret cerita hati.. 
Ada juga mengungkap kisahmu.. 
Akn mengertikah engkau akn kisah hati..
Yg tidak nampu dilafazkan kpdmu.. 


Para
jurit jiwa : kata hati tatkala hujan.