Monday, 4 April 2022

Kisah tahun akhir pelajar perubatan.


kita tidak tahu sejauh mana kita kuat sehinggalah kita mampu melewati fasa tersebut, ya itulah yg aku sering katakan pada diri setiap kali aku merasa aku tidak kuat dan tidak mampu. Alhamdulillah, 18/3 mencatatkan sekali lagi peristiwa bersejarah yang bahagia dalam hidup aku pada usia 25 tahun. ketika namaku dipanggil semasa pengumuman keputusan professional exam sebagai graduan doktor. tidak mampu digambarkan perasaan bahagia kerana berjaya menyelesaikan tahun pembelajaran . lima tahun setengah berjuang dengan tangisan, penat lelah dan kenangan pahit dan manis , setiap bulan dipenuhi dengan peperiksaan , mahupun kuiz . terasa dibalas oleh Allah dengan satu panggilan nama. sesungguhnya Allah Maha Besar. segala pujian hanya untuk NYA. 

izinkan aku menceritakan kenangan dan pengalaman aku di akhir tahun sehinggalah menjelang hari peperiksaan. dan ingin aku maklumkan bahawa setiap insan yg aku turut ceritakan di dalam coretan ini , mereka adalah inspirasi dan pengajaran dalam hidupku dan aku bersyukur kerana dapat mengenali mereka. 

ok. kisah tahun akhirku bermula di sini, kenapa aku memilih tahun akhir sahaja untuk diceritakan di coretan ini, kerana akan jadi terlalu panjang jika mahu dimasukkan kisah perjalananku sepanjang lima tahun setengah. 

aku graduan pelajar perubatan di universiti tempatan. memilih universiti tempatan sememangnya pilihan aku dan keluarga kerana aku seorang yg tidak pernah berpisah daripada keluarga jadi aku fikirkan berada di dalam negara sahaja , memilih jurusan perubatan adalah impian aku sejak kecil, sejak kecil aku suka membayangkan diri aku sebagai seorang doktor, aku suka berbicara dengan mereka yg lebih dewasa dan aku seorang yg tidak mampu menolak permintaan orang. sejujurnya aku tidak tahu kenapa aku mempunyai minat menjadi seorang doktor sedangkan aku tidak mempunyai sejarah keluarga dalam bidang kedoktoran. menceburi bidang ini tanpa ada satu ilmu pengetahuan atau gambaran merupakan langkah terbesar pada waktu itu hanya dengan minat yg aku genggam. ada yang kata , hanya dengan minat tidak mencukupi, tanpa ada alasan kuat kerana minat boleh hilang selari dengan masa . ada pula yg kata , menuruti permintaan orang tua juga tidak mencukupi kerana kita tidak melakukan dengan ikhlas. tetapi bagi aku , minat dan restu org tuaku yg menjadikan aku sekarang. 

tahun lima, aku mengambil keputusan untuk duduk di bilik seorang, tanpa kawan sebilik. mempunyai alasan peribadi kerana aku akhirnya membuat keputusan tersebut tetapi aku cekalkn hati. seorang insan pernah berkata, jika aku tidak keluar dari masalah yg aku hadapi, aku akn berkahir dengan menyakiti hati aku sendiri dan juga menolak kehadiran mereka yg lain yg sudi berkawan dengan aku. jadi aku nekad walaupun aku tahu sukar untuk aku sendiri aku tawakal. 

aku bersyukur tuhan hadirkan seorang insan yg bernama arif, seorang kawan yg sngt baik hati, pemurah dan sangat supportive. menjadi teman aku belajar, hari demi hari kami rapat dan dia menjadi kawan baik aku, melakukan semua aktiviti clinical bersama, berkongsi ilmu tanpa rasa kedekut dan tempat aku meluahkan semua perasaan setiap kali aku happy dan down, setiap kali aku merasa tidak layak menjadi berada di jalan ini. 


hidup tanpa rakan sebilik juga bukanlah perkara yg mudah, acap kali aku keseorangan dan kehilangan motivasi diri, tanpa ada peer pressure, tanpa tahu apa yg rakan rakan sebilik lain belajar dan berkongsi ilmu, aku sedar aku kena mengerakkan diri aku sndri. ada masanya aku tidak rasa mahu belajar, depressed dan penat kerana aku rasa masa aku terhenti. siang dan malam belajar , menghafal dan perkara tersebut berulang membuatkan aku kerap merasa putus asa. apa yg motivasikan aku pada waktu itu, sejujurnya bukanlah minat tetapi memikirkan wang dan masa yang telah terhabiskan , aku kena tamatkan apa yg aku mulakan. tetapi allah maha pemurah, dalam setiap kesedihan dan hati yg berbolak balik allah hadirkan peristiwa2x yg mengubat perasaan aku menjadikan aku suka berada di hospital.
contohnya, kenangan2x assist surgeon melakukan beberapa pembedahan kecil mungkin bagi sesetengah pelajar merupakan perkara biasa, tetapi untuk aku, ia adalah sesuatu yg berharga. 

sejak pandemik, kami melalui tahun pengajian yg sukar, dengan kekangan masa dan ruang untuk belajar bersemuka baik dengan pesakit mahupun doktor, pelbagai episod isolasi kendiri dan berpindah- randah antara kolej, dua minggu sebelum peperiksaan akhir, kawan baik aku disahkan positif covid. aku juga termasuk dalam kontak rapat dan terpaksa menjalani kuarantin. saat saat yg mencabar kerana minggu minggu akhir, aku memerlukan kawan kawan serumah untuk belajar, sehari sebelum peperiksaan, kami serumah dikejutkan dengan berita kawan serumah kami pula positif, konsekuensinya kawan kami terpaksa menangguhkan peperiksaan selama 6 bulan,namun hasil perbincangan para doktor , berkat doa doa org org tersayang, kami dibernarkan menjalani peperiksaan isolasi khas untuk kontak rapat. jika mengingatkan kembali hari tersebut, aku sangat takut dan risau, walaupun aku tahu, setiap yang terjadi ada hikmah tetapi pada waktu itu, untuk menerima dan melalui hari hari tersebut seakan terasa panjang. walau terpaksa melakukan ujian kendiri setiap awal pagi, tangisan setiap hari, sleepless, continuous anxiety takut peperiksaan dan andai kata positif covid setelah pertengahan peperiksaan, serangan asthma , selama 2 minggu, fast forward, tibanya hari pengunguman. alhamdulillah. aku lulus

bagi rakan-rakanku yg diuji dengan psotif covid, kehilangan org tersayang semasa hari-hari kalian melalui tahun akhir, yg terpaksa menangguhkan peperiksaan kerana sebab sebab tertentu, mereka yg tidak melepasi peperiksaan kali ni , kalian lebih kuat dan ujian kalian jauh lebih besar berbanding yg aku pernah hadapi selama lima tahun tetapi Allah berikan ujian mengikut kemampuan hambanya dan kepada hambanya yg kuat sesungguhnya perancangan allah lebih indah. doa aku akn sentiasa untuk kalian, semoga kalian akan lulus di kesempatan kedua dan di masa akan datang, urusan kita akan dipermudahkan dan kita semua akan berjaya menjadi doktor-doktor yg berjaya, cekal, selamat dan sabar dan penyayang. 


my idol Dr M, neonatologist 
mula kenal dr actually daripada my senior, kak aina and abg nash. 
kenangan pertama dalam kelas dr, saya dapat jawab soalan about hemolytic uremic syndrome, at that time ramadhan , dr challenge whoever can answer his quiz will get cash money from him hahaha agaknya sbb lapar kot dpt jwb eayk.. so that my first memory with you during bedsite. 
actually takut masa awal awal kelas ( year 3 clinical) sbb english mmg tak fluent, confidence level pon masa tu baru nak build up tapi by the time i take that as challenge, everytime kelas ngn dr i will always want to answer his question even if salah... he actually the first person yang always remind us about be profesional, be humble, friendly but firm. thank you dr for be my role model. 

 
teman serumah tahun lima dari kanan kak kinah, kak wany, aku, mira, kak nisa, kak farah, dayah
dan arif di belakang. they are all my studymates.


hari peperiksaan, yang lain exam dkt hall, sbb close contact kami exam depan audi sbb kena tempat terbuka, but actually its a nice spot

last end of posting examination (surgical posting)

final exam for year 4 (end of semester yang paling rasa mcm zombi sbb non stop study, semua exam posting yang tertangguh since pkp dikumpulkn dlm minggu yang sama) 

oklah, actually too much bitter and sweet memories and pictures worth it to put it here but until here , till my next stories byeee~






Monday, 18 October 2021



Dalam kehidupan ini, kita akan melalui pelbagai cabaran dan ujian, ada yg diuji ketidak cukupan kewangan, ada yang diuji dgn kepayahan mecari pekerjaan, konflik dalam keluarga dan perhubungan dgn manusia. kita sering mencari jawapan kenapa kita yang melalui dan adakah org lain juga melalui perkara yang sama. aku juga tidak lari dari berdepan dgn ujian, ujian dalam perhubugan mencari teman yg ikhlas, kenapa tidak setia? kerana setia itu sukar, terlalu banyak keadaan yang akan memisahkan pada akhirnya. mencari kawan yg ikhlas dan mampu bersama kita melalui setiap fasa merupakan anugerah drpd tuhan, kawan itu juga adalah rezeki bg setiap org. 
aku pernah berada di dalam keadaan dimana aku tidak diperdulikan dan diketepikan. tidak aku ketahui alasan disebalik perlakuan tersebut, walau aku cari dan fikir sejuta kali , tidak akan aku menemui jawapan. aku redha akan ujian meski setiap kali aku menghadapi mereka , jiwa aku sedih dan kecewa. cuma yang pasti aku mengerti, tuhan hadirkan dan hilangkan orang dalam kehidupan kita bersebab, walau ia sementara atau kekal . yang kekal merupakan hadiah yang sementara adalah pengajaran dan hikmah. terima kasih Allah kerana engkau memberi aku peluang merasai nikmat sedih dan gembira. 

aku bukanlah penulis , coretan ini merupakan apa yg terlintas di dalam fikiranku, melambangkan perasaan aku di kala ini. 

Friday, 16 July 2021

kisah perjalanan seorang pelajar perubatan (to be continue)

TENTANG DIA ...


Jam menunjukkan pukul 10 pagi, Jazlin sedang termenung di hadapan komputer sambil gementar menunggu keputusan UPU yang akan keluar dalam masa 2 jam lagi, sudah dua hingga tiga hari dia tidak lalu makan memikirkan sama ada permohonannya merupakan tindakan yang tepat atau tidak. Ketika itu, dia teringat akan pengalamannya berada di Kolej Matrikulasi selama dua tahun. Tidak menyangka bahawa masa berlalu dengan begitu pantas. Tanpa dia sedari dia telah tamat program matrikulasi dengan berbekalkan nilai purata CGPA 3.96. Dia agak kecewa kerana tidak mendapat CGPA 4.00 kerana lemah dalam subjek Matematik pada PSPM 1 namun Jazlin bersyukur kerana dia mampu menamatkan program ini dengan jaya. Dia mengimbau kembali kenangan semasa menjadi pelajar matrikulasi selama hampir dua tahun. Tidak ada suatu hari pon yang berlalu tanpa diisi dengan kegembiraan. Tidak pasti kenapa , hatinya yang terluka daripada peristiwa disisihkan sejak zaman sekolah menengah terubat dengan kenangan dan pengalaman yang dilalui semasa di matrikulasi.
Perasaan yang dirasai ketika pernah dirasai sewaktu dia keliru antara memilih program asasi Sains di Universiti Islam Antrabangsa atau program matrikulasi. Jazlin hanya mempunyai seorang abang yang umurnya berusia dua tahun atas daripadanya , disebabkan itu dia tidak mempunyai banyak sumber rujukan bagi membantu dia membuat keputusan. Jadi, kerana risau tidak dapat menyesuaikan diri dan gusar dengan suasana di negeri lain Jazlin mengambil keputusan meneruskan program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor. Keputusannya itu sangat dipersetujui oleh ahli keluarganya kerana mereka tidak sanggup berjauhan dengan satu-satunya anak perempuan mereka , jauh di sudut hati Jazlin, dia juga merasakan hal yang sama .
Hari pertama  pendaftaran di matrikulasi , suasana sangat meriah dan sesak dengan ratusan pelajar-pelajar dan ibu bapa yang datang mendaftar dan menguruskan urusan kemasukan ke kolej.

“Ayah dan ibu balik dahulu ya.” Lambaian ibu dan ayah ketika senja mulai tiba membuatkan jiwa Jazlin tiba tiba menjadi hiba. Inilah pertama kali dia berjauhan dengan keluarganya walaupun dia seorang yang berdikari tetapi dia sangat manja dengan keluarganya. 
.......
Tibanya di bilik kediamannya, salah seorang teman serumah telah pon tiba. Jazlin menegur tanpa ada rasa kekok dan memulakan perbualan.
“Hai, siapa nama awak? Dah lama sampai?” tanya Jazlin kepada gadis yang katilnya terletak bertentangan dengan katil Jazlin.
“Oh hai, saya Haziqah. Lama juga dalam sejam lepas.” Jawab gadis riak wajahnya yang malu-malu. Jazlin hanya mengangguk dan meleparkan senyuman kembali tanda mendengar jawapan , tidak mahu menganggu gadis itu mengemas barang-barang dia pon lantas mengemaskan bahagian biliknya itu. Masih ada lagi dua ahli rumah yang belum sampai, bisik Jazlin berkata kepada dirinya sendiri. Setelah itu dia tertidur kepenatan selepas menunaikan solat Magrib.
 
Jazlin bermimpi saat dia menerima keputusan SPM beberapa bulan lepas apabila dia tiba-tiba terasa tubuh badannya digerakkan. Sempat lagi dia terfikir ada gempa bumi yang sedang berlaku. Sambil ketakutan membuka mata dia melihat senyuman gadis yang menyelamatkannya daripada gempa bumi itu, gadis yang berambut kerinting , ramping dan mata yang bundar itu memberi senyuman memandang Jazlin yang terbaring.

“Ah, apa yang aku fikirkan ini, aku kan telah berada di kolej, hah ini mesti teman sebilik ku yang lain.” Dia mengomel sendirian sambal menatap kembali wajah gadis itu. Setelah beberapa saat dia pon tersenyum malu.  

“Hai, nama kita Syamiera, panggil kita Mia sahaja, awak Jazlin kan tadi Haziqah ada beritahu. Katil kita dekat sebelah katil awak jadi tau” Kata gadis itu memperkenalkan diri dengan cerianya.
Tiba-tiba, seorang lagi teman sebilik mereka yang baru sahaja selesai membersihkan diri masuk ke dalam bilik. Farahin, seorang yang sukar didekati pada mulanya namun sangat penyayang dan bertimbang rasa. Katilnya terletak bersebelahan dengan Haziqah.

besambung....

dua minggu sesi orintasi telah pon habis, sehari sebelum kelas bermula, kakinya terseliuh. Malu memikirkan bagaimana hendak ke kelas esoknya dia hanya mampu menebalkan muka. Sudah ditebaknya bakal ditegur oleh guru kelas MT3, cikgu Azam. "belum pon mula perang perisai sudah tercedera sambil tergelak kecil", Jazlin tidak mengambil hati malah tersengih sahaja mendengar komentar gurunya itu. 

hari-hari di matrik dipenuhi dengan rutin yang sangat sibuk. Jazlin ditempatkan di modul tiga, walaupun pada mulanya dia mengharapkn ditempatkan di modul satu kerana baginya sesuai dengan keputusan spm namun selepas tempoh dua minggu orintasi dia mulai suka dan selesa berada di modul tiga, kawan-kawan sekelasnya jugak sangat ceria dan bersikap sederhana membuatkan dia sentiasa ceria ke kelas. Jazlin, Hidayah dan Ifah telah pon menjadi tiga sekawan yang selalu menghabiskan masa ke kelas, makan dan melakukan tugasan makmal bersama. Dia yang tidak menyukai subjek sains komputer sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang dpt membantu dia menguasai subjek itu. Jazlin dan Hidayah jugak mempunyai chemistry yang kuat, mereka berdua bercita-cita untuk menjadi seorang doktor , kerana minat dan sikap yang sama , mereka menganggotai kelab yang dikenali sebgai seven skuadron di bawah biro akademik persatuan perwakilan pelajar. kerana aktif di dalam kelab dan berada di kelas yang sama mereka sering menghabiskan waktu berlajar dan bermain bersama-sama. 

hari demi hari berlalu, dua semester telah pon berakhir. kini Jazlin telah pon melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah perubatan dan pembedahan, manakala Hidayah mengikuti ijazah pergigian di universiti tempatan yang terkenal. tidak kurang Ifah dan rakan-rakan lain terlah berjaya menamatkan program ijazah mereka.  jika mahu digambarkan di dalam pernulisan mengenai kenangan yang dilalui agak sukar kerana keterbatasan oleh pembendaharaan kata oleh seorang pelajar perubatan. namun, andai kata suatu hari ada msaa dan rezeki, akan aku upah seorang penulis menulis kisah perjalanan aku sebgai seorang pelajar perubatan. 

terlalu banyak kenangan indah, pengajaran, pengalaman pahit  yang sentiasa mekar di dalam ingatan yang mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang diluar sana ingin menceburi bidang ini. 

Saturday, 19 June 2021


Wah lama tak update blog. ada ke lagi zaman sekarang main blog? kalau ada kita geng. 
memandangkan setahun sekali je update blog ni so guess what year I'm currently in as medical student? 
jom cerita tentang pengalaman dan keadaan aku as final year student since this pandemic COVID 19 started. 
pertama sekali(lama tak mengarang mcm pelik bunyinya) maaf cikgu bm saya. masa aku mula-mula dapat tau tentang Covid ni just dalam media sosial je. Masa tu sibuk sangat dengan kelas, ward round and etc so tak berapa nak tau sangat perkembangan berita. And then when faculty release as statement that we not allowed to enter and do clinical work in Hospital Sungai Buloh sebab masa tu da jadi Hospital Covid, then i started to notice it become worsen day by day. at that time seingat aku, kitaorg ad 2 weeks posting in Paediatric surgery in HKL. So still ulang alik HKL and then release another statement that HKL doesnt allowed us to enter the hospital as preventive measure. sedihlah time tu! sebab tak sempat lagi explore disease and all clinical works there. nak jadikan cerita, actually i got fever, productive cough, sneezing and sore throat for about 1 weeks da masa tu.  masa tu alamak risaunya. perasaaan nak pergi kelas da serba salah sebab takut berjangkit sebab masa tu setiap hari ulang alik HKL, nak pergi klinik tak de masa pula sebab we still have classes. so after 1 week pergilah klinik , so buat all the blood test,sputum culture and huhu kena buat CXR all negative Alhamdulillah. then i went to class like usuallah. masa dekat kelas everyone like hmm fakulti tak kasi cuti ke sebab memasing pon da risau. hospital tak boleh masuk, nak clerk patient limited, procedure tak boleh buat, so time kelas keluar statement yang kitaorg tak perlu datang ke kelas or hospital sehingga diberitahu. so memasing sebab risau kan duduk kt tempat redzone tu baliklah kampung memasing. nasib baik sempat sebabnya esoknya terus movement control order release by our prime minister. hah sebaik da de kt rumah. hehehe time tu seronoklah jugak... sebab dapat balik rumah. tipula kalau student tak suka balik rumah lols

so after few days , we continue our learning via ODL (online distance learning), yeah i know benda ni tak la baru for others because so far that i know banyak je course yg da buat online learning as a platform tapi for us is a new things. amek masa jugak la nak adapt dengan benda ni and masa tu sebab tak de kepastian sangat yg kitaorg ni cuti ke or still on going sem. so masa study pon da kurang, masuk dua minggu sebulan da mula risau. hah rindu nak balik uni and do all clinical work, face to face class. rindu dengan kawan and masa tu rindu roommate. kebetulan roommate aku senior yg aku rapat sangat dari tahun 1. so this is actually her final sem. so aku plan la macam kitaorg nak study together, dia ajar aku and aku tolong dy revise but hmm tak sempat nak buat semua tu. 

bulan 7 or 8  rasanya kitaorg dibenarkan balik sana semula. masa tu keadaan dah reda, kes makin berkurang so we all allowed to stay in campus sungai buloh but at that time only certain posting allowed to go hospital, mostly onlineclassess. makin lama makin rasa down sbb semangat dah hilang, lama tak practise physical examination dekat patients, tak dapat observe operation and doing procedures. theoritically mmg boleh belajar, tapi apa yang belajar face to face from patients and doctors tu lebih memorable and interesting. 

so after few months kena gabung bilik dengan org lain and then pindah ke kampus selayang duduk dengan kawan baru. after few days pkpd start pulak dekat selayang so we all balik semula ke kampung (todayyyy). bayangkanlah setiap kali pindah kena angkut semua barang so kalau ikut total , 5x aku berpindah randah sebab COVID ni. redha jela

so apa kesan covid ni kat kehidupan kitaorg especially akulah (dari sudut pemikiran dan pandangan aku)
ok online learning is a must, very important to ensure our learning process  continous and sustainable but of course we encountered a lots of dificulty, ada wifi ada data tapi line problem is a very crucial problem. masa nak present buat hal, masa nak dengar information penting buat hal, hilang fokus sbb kena jalan sana jalan sini cari line. mana nak kena buat online quizzes, online lecture, nak cari source from the internet, lagi lagi online exam. 

peperiksaan tangguh,fikir berapa banyak peperiksaan yang tangguh dan berapa banyak nak kena cover and catch up , semua to buat aku meremang. siapa akan faham benda ni kalau cerita dekat orang ? takkan sebab perasaan dan cara kita berhadapan dengan sesuatu berbeza dengan setiap orang. tapi apa pon kita kena ingt yang allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangguppannya. setiap org berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka jadi janganlah kita compare masalah kita dengan masalah orang lain (peringatan dekat diri sendiri) cuma kita hormat lah bila seseorang tu meluahkan perasaan . :) 

keselamatan, bila fikir tentang keselamatan, orang pertama yang aku risau dekat rumah of course ayah. ayah dekat luar kerja siang malam, kawal kawasan covid, jumpa mcm mcm orang dekat luar sana. masa awal awal pkp, masa tu nak beli mask mahal, order pon take some time nak sampai. masa tu isu stok PPE yang terhad ni betul betul buat aku sedih. ayah balik cerita PPE tak cukup, terpaksa kerja tak de PPE tapi sekarang alhamdulillah semua da ok. 

tapi semua perkara ada hikmah dia kan. aku belajar lebih menghargai masa yang ada dengan family, dengan belajar. paling penting selalu kena sabar.

Wednesday, 24 July 2019

my experience in third year clinical posting

hello my loyal reader , u know who are u right? so here i am since almost half year this blog are not updated. currently,  i am on my semester break waiting for my another year for my medicine school. so yeah, as i promise from my prev page, i want to continue tell u about my other posting right> so here we go!
next posting after i finishing all my 3 posting before which i had mention it in prev pages, im continue with medicine and paediatric posting. so what i learned in both posting were super interesting and amazing and was totally new experienced for me. 
sorry if this entry acah acah nak write in english even tho sumpah macam budak sekolah, i admit that i am not good in English writing.. hahaha after all medical jargon,kind of bit difficult want to write in Layman term. 
what is medicine posting and what are the differences between this posting comparing to other posting? so medicine posting describing the whole world of medicine. we learned thoroughly all the common disease affecting the human population in our country, Asian and world such as Diabeter Mellitus, Hypertension, Acute Coronary Syndrome(salur jantung tersumbat) that usually the commonest cause leading to heart failure, all the lung disease such as Pneumonia(lung infection), Acute Pulmonary Odema(paru2x berair), liver disease and etc. 
remembering of few cases that really touching my heart, from one case of a man, an elderly with heart failure requiring a surgery for making a base for hemodialysis. (buat tapak untuk cuci darah, buang air lebih dalam badan untuk mengelakkan bengkak di badan terutama di paru-paru). this uncle asked for delaying  the surgery because he was worried and scared about the operation.. i try to talk with this uncle and told him about how the operation will be going on, i try to entertain him, listening to his story and gave him a little bit of support.. the next day, in the morning, i went to the ward again looking for him, i was kind of surprised when i know that he went for the operation, i went back in the evening wanted to see him for chit-chat, he looking at me with a big smile and said "pak cik cari kamu tadi pagi, pagi da buat operation da, betulla tak sakit pon:))", i felt wanna to cry at the moment... then he asked me to write my personal data for him to make memories. he also praying for me, that the wonderful feeling after my bad day, when someone praying for my success and happy life, (semoga pak cik ni akan sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. amin).
another case that im faced through, a 50+ Malay man with 3 disease, heart failure, chronic liver disease and had develop hepatorenal syndrome, (complication liver disease affecting kidney function), this case i chose for my case write up, .the reasoned was because admire his spiritual, the strength to fight for his life. i followed up this uncle almost every day to know his progression, seeing him and his wife, one day, i heard doctor told his wife that his condition was not in good, the next day, he was in comatose state due to hepatic enchehalopathy (toxin goes up to brain and disturb brain function). but the moment that touched my heart when he can only recognize and keep mentioning one of his favorite doctor other than his wife. this situation make me realized that, no matter how hard and stressful our life in becoming a doctor, we need to always be kind and love our patient sincerely even they have no blood relation to us. i hope one day, i will becoming a good doctor and saving a life so my patient will always having me in his Doa. In Shaa Allah.
ok. i think enough for this entry, till meet again in my next page. i am sorry for my bad English, still trying to improve my language.  

Wednesday, 20 February 2019

clinical examination in uitm



Hari ni aku terpanggil untuk menulis setelah sekian lama tidak membuka blog, sebenarnya tidak tahu ingin bercerita tentang apa, acap kali berfikir ingin sahaja menutup blog ini tapi masih sayang. hahaha mungkin satu hari blog in berguna.

kini aku sudah berada di tahun tiga sebagai pelajar perubatan , first of all syukur alhamdulillah , aku bersykur dengan setiap tahun yang aku tempuhi,stakat ni apa yang aku rasa? segalanya bercampur.  berjayakah aku menjadi seorang doktor yang berjaya.?dan yang penting adakah aku akn menjadi seorang doktor yang baik? aku sedar berjaya sahaja tidak cukup, bila kita menjadi seorang doktor yg baik, penuh dengan kasih sayang dan ikhlas dlm melaksanakan tugas bagi aku itula isitilah doktor yang hormati sejak aku kecil. In Syaa Allah, dengan doa dari mereka yang menyayangi dan sentiasa menyokong aku untuk terus melangkah, aku berazam untuk menghadiahkan gelaran doktor tersebut, aku akn terus berusaha untuk mencapai impian aku.
setelah dua tahun menghadapi tahun praklinikal, aku semakin sedar, tahun klinikal lebih mencabar. kami berdepan dengan peperiksaan yang bg aku sgt menakutkan. walaupun berkali-kali menghadapi peperiksaan, perasaan takut tu tak pernah hilang , tapi alhamdulillah, Allah masih izinkan aku untuk terus bertahan dan terus melangkah. so apa kata kali ni aku cerita pasal peperiksaan yang dijalankan di universiti aku. 
Tahun praklinikal dan klinikal sangat la berbeza, kami diajar untuk lebih mendekati kehidupan para doktor dan masyarakat. tapi aku hanya akan bercerita tentang peperiksaan yang dijalankan,
tahun klinikal ad dua jenis peperiksaan yang dipanggil End Of Posting dan End Of Semester. 

satu posting berjalan selama 2 bulan, so basically satu semester akan dipenuhi dengan 2/3 posting, 2 bulan tu memang terasa sekejap, tapi sebenarnya cukup je untuk belajar walaupun hari hari akan buzy ulang-alik hospital dengan clerking, bedsite teaching, observe ot , presentation case dan seminar.

Eop ni bagi aku lagi mencabar dan susah berbanding Eos. Eop ni bila habisnya
posting,kami akan diberi pesakit dan membuat pemeriksaan keatas pesakit tu. pemeriksaan yang dipanggil history taking dan physical examination. so kami kena present kes tu depan dr, come out dengan diagnosis, investigation dan management which is kami kena hafal all the disease and find one suitable disease that called diagnosis for the patient and the rest we called differential diagnosis that we have to rule out along the examination. for me EOP is juga rezeki dan nasib, not only the patient that can help you, the most important thing is ourself. so just imagine, for me the best and the right thing to do is , relaks and go with the flow but seriously that the hardest thing that i can do because i tend to push myself to remember what i had memorized. but surely, i will do better by the time im in final year. In Syaa Allah, Ameen (doakan saya peeps!)

Sepanjang satu semester in clinical year, aku belajar banyak perkara yang buat aku lebih matang, walaupun banyak kesilapan yang aku buat dan perkara yang buat aku kesal, aku belajar untuk terus yakin dan sentiasa bersangka baik dengan Allah, sebab setiap perkara yang jadi semua atas kehendak dia. bagi aku, sesiapa yang ingin masuk ke dunia perubatan, mmg kena ada hati yang kuat. bagaimana nak berhadapan dengan penolakan yang hampir setiap hari kena hadapi. daripada pesakit, penjaga sehinggala ke doktor. sebab pembelajaran bukan sahaja berdasarkan buku dan sumber bacaan yang boleh dapat dekat mana-mana. pesakit dan doktor itulah sumber yang paling utama. 

memandangkan terlalu banyak rasa nak diceritakan , aku sendiri tak tau nak mulakan dan akhirkan dekat mana so aku proceed dengan EOS. so eos ni exam gabungan daripada 3 posting yang kau lalui sepanjang satu semester. so yang lainnya eos ni adalah berdasarkan teori, iaitu exam atas kertas. so lebih relaks dan boleh tumpukan apa yang ada dalam buku dan apply berdasarkan pengalaman sepanjang posting-posting tersebut. so eos ni ada mcm mcm jenis paper. ada yang exam selama 30 minit yang mana nila exam paling cepat penah aku hadapi selama aku bergelar student. hahaha nak cerita apa yang jadi selama exam 30 minit tu pon best tapi malas la. so sapa sapa yang nak masuk medic, sila merasai sendiri kehangatan exam tersebuttttt. 

mari aku senaraikan posting 2x apa yang ada untuk tahun tiga sebab aku baru berada di tahun tiga.  banyak lagi posting untuk tahun 4 dan 5
1. obstetric and gynaecology (sakit puan)
2. surgery 
3. paediatric
4. medicine
5. public health management 

posting yang paling best bagi aku adalah OnG, sakit puan. aku rasa nilah posting yang stakat ni aku excited dan paling suka. mungkin sebab pengalaman pertama berhadapan dengan para ibu dan wanita, rasanya seperti melayan ibu dan kakak sendiri. masa posting OnG, logbook aku penuh dan aku rajin pergi oncall, haha rasa setiap hari aku ke hospital. tapi masa surgery aku malas siket, sebab ashk kena reject ngn patients. tapi bukan salah mereka, mereka sedang sakit,  tapi aku suka masuk operation theater (OT), sebab aku suka jumpa pakar-pakar bedah. aku rasa termotivated sebab dyorg sangat awesome and cool. i fall in love with their passion, comitment and responsibility. seriusly snaman kaki dan rajin rajin la lenguhkan kaki, sebab masuk ot mmg kaki kena tahan, walawe minggu pertama aku start observe ot ,kaki ni rasa nak cabut letak sebelah. hahaha posting lain aku tak lalui lagi, so yang ada sekarang cuma assumption. 

ok cukuplah kot entry pasal exam kali ni, kalau ada pertanyaan boleh tinggalkn comment,entry ni walaupun banyak negative tp bukan niat nak putuskan semangat adik adik yang nak masuk med school, just nak bg gambaran yang lebih supaya korg bersedia lebih lagi untuk terus kejar cita cita. the most important thing, ask urself why you want to be a doctor? sebab soalan tu akan ramai yang tanya and jawapan tulah yang kita kena pegang sampai akhir hayat kita. aku masih ingt kata-kata mentor aku, be doctor u always have to be patience and persuasive. sampai akhir hayat, pegang la dengan sabar, sebab sabar tula pengorbanan paling terbesar yang kita kena hadapi. 














Friday, 4 November 2016

student's life.



assalamualaikum.. 

Sebenarnya aku tak tau nak mula macam mana.. tak tau nak start cerita dari part mana. tapi malam ni hati aku tergerak untuk menulis.. banyak sangat sebenarnya aku nak ceritakan . 

oklah. let's start. haha sumpah aku tak ingat tarikh aku mula mendaftar sebagau pelajar perubatan. yes, pada mulanya aku sangat tak menyangka apa yang selama ni aku usaha dari kecik tercapai. walaupun baru brpe bulan menapak di Uitm Sg buloh but here i am.. her the journey begin. ya agains i said it just a beginning. so for adik adik ni lah contoh tawaran yg akn kluar untuk upu.. ye saat upu keluar itulah saat yang paling mendebarkan. 

*haha mula mula aku ingat aku dpt UTM.. sbb UiTM dgn UTM lebih kurang kott.. pfftt hahaha aku baca offer ni dari bawah ke atas sbb punya cuak. sumpah aku rasa bodoh gak lepas tu.. 

so now, hampir 3 bulan aku berada di UiTM SG BULOH sebagai pelajar perubatan tahun pertama. haha before that aku nak cerita pengalam orintasi dekat UITM SHAH ALAM . so actually this is my first time being far away with family. cewaahh dalam negara je pon. sekarang aku sedar kenapa aku ditakdirkan untuk terus kekal belajar dalam negara. Alhamdulillah, selagi kita yakin ketentuan Allah itu lebih indah daripada jangkauan dan perancangan mausia, itulah prinsip hidup aku. 

ok back to minggu orintasi, aku orintasi dekat shah alam almost 5 days. haha u know what thats a very terrible and messy moments .. tired and exhausted.. hahaha bayangkanlah punya besar uitm shah alam tu dan waktu nak daftar tu  kami terpaksa berjalan kaki ke bangunan konvo apa nama dia aku tak ingat.. dengan panas nya. bayangkan kitaorg terpaksa naik tangga dewan konvo yg sebanyak 8-9 tingkat. hah aku smpai tak ingt brpe tingkat sbb fikir nak cpt smpai atas. tapi bila masuk dewan konvo dia. wow.. besar dan lawa gila. then tiba tiba aku terdiam seketika. dalam hati aku ckp, " inilah dewan konvo aku untuk 5 tahun akan datang, in shaa allah. " dan saat itu aku nekad dan aku berazam akan habiskan jgk pengajian aku walaupun selama mana sbb aku nak jejakkan kaki dalam dewan konvo ini untuk kali kedua sebagai graduan Doktor, 

so far, orintasi satu pengalaman yg best bagi aku, daripada orintasi ni aku bljr banyak perkara. yg pastinya yg motivated aku untuk terus melangkah ke hadapan. 

lepas 5 hari orintasi, kami pelajar perubatan dan pergigian pon berpindah ke fakulti kami di sg buloh. hahaha paling tak leyh lupa, pagi tu nak jadi cerita kitaorg terbangon lambat dan hampir terlepas bas yg akn hntr kami ke kampus baru,  my new roomate is one of my kenalan in kluang. im very lucky, Thanks Allah again for helping me a lot through out my journey. 

first time masuk perkarangan kampus, aku tergamam.. akhirnya aku jejakkan kami secara rasminya dan secara rasminya nya jgak aku bergelar pelajar perubatan. and as freshies, kitaorg pon kena jalani iMED which is one of the programe that welcome new student. haha sumpah best weyh, dalam sejarah hidup aku, aku paling tak pernah cuba menari. haha nak nak pulak tu untuk malam freshie night aku dgn kumpulan aku kena menari bollywood and kpop. but even it just a simple and short dance but for me its meaningful when that a beginning when i had n must adapted to learn with new culture, new environment and new coming people around me. 

ok for kolej, seriusly we got very super amazzing residence house that can fullfill with 10 person but 2 person for each room. so there are 5  room. first of all im start fall in love with my house.. hahahaha sengal right. then time to get to know each other. haha n overall im satisfied a lot with equipment and accomudation here. pemandangan dari bilik aku pon lawa where i can see a beautiful scenery. nak nak pulak tu tingkat paling tinggi kan. so rasa mcm kt cameron highland gitu. sejukkk jee. 

oklah.. stakat ni jelah cerita aku malam ni. esok kalau aku rajin aku update pasal life, exam and all that must be through as medical student. good night anonymous. 
kalau rajin aku sertakan skali gmbr gmbr dkt sini okeee. 


Friday, 19 August 2016

Haha jarang aku update blog by phone ni..
Tp aku bukan nak update apa lahkn cuma saja nak jdkn entry ni medan tok aku paste a few links.maybe this links will help me sooner or later.

http://training.seer.cancer.gov/anatomy/skeletal/

https://www.cliffsnotes.com/study-guides/anatomy-and-physiology/anatomy-and-chemistry-basics/what-is-anatomy-and-physiology

http://www.pharmtox.utoronto.ca

http://www.pharmtox.utoronto.ca/science-pharmacology-toxicology

http://sites.utexas.edu/pharmtox/

http://www.biochemistry.org/?TabId=456

Monday, 15 August 2016

hello from the other side


hai semua.. actually hai kepada pembaca setia.. keputusan upu da seminggu keluar cuma baru malam ni aku berkesempatan untuk update blog. sebelum aku cerita kan perasaan aku tentang keputusan upu aku nak kongsi perasaan aku before upu result keluar.. seriusly,, perasaan aku bercampur baur.. dan aku tak mengharapkan pon lagi dpt course medic ni, yelah aku ni dari kalangan yg biasa biasa je pon, sekolah biasa, result biasa.. rasa tak layak untuk pgng tittle dr. ni. aku da redha dan berserah je dengan apa sahaja result kluar nt.. 

5 august, result upu kluar.. alhamdulillah Allah dengar setiap doa doa aku, DIA beri aku peluang untuk sambung belajar dalam bidang kedoktoran dan dia beri aku peluang untuk timba ilmu dia yg sgt sgt luas.. syukur alhamdulillah .. teruja, terkejut, tak menyangka dan segala perasaan yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan.. walaupun aku sedar lepas ni perjalanan aku akan lebih sukar dan aku pon tak jangka setiap cabaran yg akan dan wajib aku tempuh.. hahaha skrg ni mood speechless sbb aku tak jumpa ayat nak susun sbb mood sayu tetiba datang.

gembira rasa bila dengar semua kwn kwn akan sambung belajar dan tak kurang jugak yg bakal fly. dulu masa aku sekolah, aku selalu dgr cikgu ckp, " kwn sy dulu belajar dekat...." , " kawan sy ad fly pergi ...." dan mcm mcm lagi tapi skrg aku pulak yg sedang lalui.. yeay bila masa da smpai dan keadaan pon akan berubah kan.. 

aku tertanya tanya kehidupan apa bakal aku tempuh lepas ni.. tapi aku pegang ayat " you never know how strong you are until strong is the only choce you have".. oklaaa ayat aku kecundang lagi ~~~~~~~

aku rindu roomates dan calssmates aku masa kat kolej matrikulasi.. walaupun perkenalan kami cuma seketika tapi aku gembira sangat.. rindu waktu belajar sama, solat jemaah sama, makan sama dan segalanya bersama. walaupun roomates aku berlainan courses tapi aku tak pernah rasa tertekan.. tipu lah kalau tak rasa tertekan lansung tapi bila dengan diorang aku rasa kasih sayang dan ikatan yg sgt ikhlas.. aku harap lepas ni aku akn jumpa insan insan yang baik dan sayang pada aku lagi.. 

oklah now let say "UITM SG. BULOH HERE I COME. WISH ME HAVE A QUALITY TIME THERE, BE THE BEST, BE GOOD, BE EXCELLENT, BE SMART, BE LOVER, BE TOUGH, BE BRAVE AND BE YOURSELF." 



Tuesday, 14 June 2016

#syukurselalu

ok hari ni dieya nak berkongsi satu cerita.. ceritanya bermula bergini. 
selama ni dieya selalu nyanyi lagu *ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna* tapi sebenarnya dieya tahu dieya hanya sekadar nyanyi tanpa mengahayati lansung setiap bait bait lagu tersebut tapi stu pengalaman menyedarkan dieya tntg hakikat kehidupan..
ok. first of all dieya kerja part time kt yubiso klg mall sementara nak tunggu panggilan belajar.. so nak dijadikan cerita pada hari tu dieya cuti.. so otw nak p kerja tu ibu bg dieya duit blnje mkn ,,and then dieya pon masuk kerja but satu kerja pon dieya tak dpt buat sbb sakit . so duit yg ibu bg tu pon dieya guna untuk beli pain killer and guess what? haha pain killer tu sgt lah mahal sbb dieya beli yg herba punya biasa cina makan. yela pain killer kan tak elok.so baki duit yg ad pd dieya pon tinggal rm3.. 
MACAM MANA NAK HIDUP DLM KLG MALL DGN DUIT RM 3?? 
ok dieya stay positif, pukul 7 dieya punch out untuk beli makanan berbuka even dieya cuti tapi yela dieya pon perlu makan kan.haha dieya pon melangkah ke atm machine nak keluarkan duit. dieya lupa yg atm machine tok maybank kt klg mall cuma boleh keluarkan duit rm100 ke atas dlm angka yg genap. cuba berkali tp machine hanya muntahkan balik kad atm dieya. TRANSACTION FAIL!!disebabkan baki duit yg tinggal tidak mencukupi..  haha dieya mmg patern tak suka pgng duit bnyk kt dlm tgn.. semua duit dieya da transfer ke akaun simpanan dieya so yg ad pd dieya cuma duit blnje untuk mkn jela. yela dieya mana boleh keluarkan semua duit dlm akaun.imposibble ok.. 
so dieya pon melangkah ke bazar kt depan klg mall tu dgn harapan yg sgt sgtlah positif.. haha ikutkan boleh je call my mom hntrkn duit or makanan tp well im trying to be independent. smpai smpai kt bazar tu dieya pon crilah makanan yg boleh dibeli dgn duit yg ada hanya RM3.
sumpah weyh dieya tak pernah rasa tak ckop dieya smpai mcm tu skali.. nak nak bila tengok harga mknn semua rm5 ke atas. haha tak pe im still positive .. dieya jalan dan jalan akhirnya dieya jumpa gerai makanan yg jual mee goreng..dan dieya pon benti kan kedai tu.. nak nak tu azan buka puasa pon berkumandan dan what im still at bazar looking something to eat. .so bg menghormati bulan puasa dieya pon ikut skali buka.kebetulan kt dlm beg dieya mmg ada air mineral.hahaha then pak cik tu offer dieya beli nasi tomato dan dieya ckp tk nk. dieya nak mee goreng tu..haha dieya pon tnye brpe harga mee goreng tu dan harganya rm2. alhamdulillah dieya rasa first time dieya ucapkan syukur dlm hati di hadapan makanan. haha pak cik tu mcm kesian tgok dieya kan.. dia pon tambahkan ayam kt mee tu.
jyeayy rezeki dieya.. otw balik alang alang tinggal rm1 dieya belilah air.. 

nak tahu tak, apa yg dieya sebenarnya nak kongsikan.. perasaan syukur tu kdg kala dtg saat kita rasa kita susah.. perasaan hargai tu bila saat kita hilang apa yg biasa ada pada kita.. kdg kala kita lupa untuk rasa perasaan syukur tu dgn hati yg sgt ikhlas.. jujur dieya katakan,dieya bersyukur sbb dieya melalui keadaan yg mcm tu,  dieya dpt rasa walaupun siket perasaan org yg mengalami kesempitan duit, kekurangan makanan.. dan malam tu jugak dieya makan dgn rasa yg sgt bersyukur.. dan dieya rasa ramadhan kali ni sgt bermakna, terima kasih Ya Allah sebab bg dieya rasa perasaan yg sgt susah nak digambarkan.