Friday 15 November 2013

Hargai setiap detik

"jangan melihat kepada kesedihan luaran, sebaliknya lihat kepada keindahan yang tercipta di dasarnya"

Sesetengah orang mengatakan ... sampai satu saat, kita pasti akan kehilangan orang yang kita sayangi, orang yang kita dampingi, orang yang sentiasa berada di hadapan mata kita. Ya , betul. sehingga ad juga yang bertegah jangan terlalu dalam menyanyangi seseorang kerana apabila saat kehilangan tu tiba kita mungkin tidak atau sukar untuk bangkit dari kekecewaan. 
Itu betul, tapi bagi dieya perkara yang lebih penting adalah saat kita bertemu dengan mereka.

 "Nikmatilah keindahan saat itu dan lupakan yang lain. Hidup menjadi hambar sekiranya kita tidak belajar menghargai momen-momen indah yang terbentang di hadapan mata. Sekiranya kita fikir dunia ini kejam, kita silap."

"Kepayahan yang kita alami dalam hidup seharusnya menjadikan kita lebih kuat. Ia sepatutnya mengajar kita menghargai semua yang kita miliki. Nikmatilah dan hargai semua momen kecil yang indah seperti ini. Jangan tunggu sehingga ia berlalu pergi."

Kata-kata yang dipetik dari seorang Proffesor luar negara bernama Garrett Bauman sangat mengajar Dieya untuk terus bangkit dan bersemangat melalui hari-hari yang mendatang. 
Apa yang Dieya sedari untuk setahun yang dilalui, kegembiraan takkan sentiasa berpihak kepada kita. Perspektif kita mengenai kehidupan akan berubah selepas kita melalui perubahan dalam fasa kehidupan itu sendiri.
Apa yang sentiasa Dieya cuba tanamkan dalam diri, Kita tidak mampu mengawal takdir yang ditentukan kerana takdir merupakan jalan terbaik yg Allah berikan kepada kita. Apa yang mampu adalah mengawal cara agar kita dapat tangani setiap masalah yang mendatang dalam perjalanan kita meniti hari yang mendatang.

"Pengalaman mendewasakan kita. Apa yang dipelajari daripada pengalaman mengajar kita untuk lebih berdikari.Kebahagiaan adalah ketenangan yang diperoleh dan berakhir dengan senyuman yang mekar. Kemampuan kita untuk berhadapan dan menangani masalah yang hadir, kejayaan yang kita peroleh dalam waktu kita berhadapan dengan masalah merupakan satu kebahagiaan." 

Kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan berjalan seiring dalam kita meniti arus kehidupan. 


Jadilah seperti pohon sakura.. hadirnya seketika tapi menghadiakan senyuman yang berpanjangan.

No comments: