Monday 18 November 2013

ikhlas itu rahsia



kita memberi bukan untuk menerima,
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa,
tulus, putih dan murni hati kita,
memberi adalah kerana-Nya jua.
INSYAALLAH..
jika itu hatiku pinta..


tidak mengapa jika tidak dikenang,
asalkan segalanya memberi satu ketenangan,
menyebut kebaikan meragut keikhlasan,
bukan kerana kelebihan kita.


dalam samar mainan rasa,
kekadang datang jua serpihan bangga,
mengharap adanya balasan,
mendamba hadirnya kemashuran.


bukan itu yang diburu sejak mula,
ditagih kasih rasa di depan-Mu,
bila terasa segalanya daripada-Mu,
rebahla segala daripadaku yang hina.


TUHAN...
dunia ini tidak panjang,
tahun terasa detik di putaran usia,
mengharap yang abadi,
kan lenyap segala ilusi,
bantulah aku,
DALAM MEMAHAMI RASA ITU..




mungkin kata-kata hanyalah mainanku..
mungkin dambaan jiwaku..
percayalah kepada-Mu yang satu..
akan ku serah takdirku kepada-Mu..



No comments: