Monday 18 November 2013

mudahan dengan harapan kau membaca entri ini

mudahan dengan harapan kau membaca entri ini..
bukan mencemburui kehebatan kau..
jauh sekali niat membenci kau.
malah aku sangat mengagumi kau..
tapi dengan harapan kau dan aku bergelar sahabat..
agar kita mampu berkongsi rasa bersama.. 
budi baik kau tak pernah aku lupa..
kerana kau juga aku mengenal diri ini..
belajar memberanikan diri.. 
dan belajar menangani segalanya sendiri..
walaupun kau dan aku adalah berbeza..
tapi niat hati kita sama..
maaf jika diri ini bersalah faham padamu.
dan aku memaafkan jika kau juga bersalah padaku.. 
mungkin kata-kata dusta membuat kita jauh berenggang..
sebulan mengenalmu sangat la indah sebenarnya..
kita rapat bagaikan tidak mampu dipisahkan..
alangkah indah jika sedekad bersamamu pasti mampu membuatku bahagia..
kau aku..
 sering dilagakan..
 sering dicemburui.. 
malah melihat kita berdua juga membuat mata-mata sekeliling tercuit hasad..
sehingga kita menjadi tidak bertegur sapa..
tetapi bila berdua..
 seolah kita berkongsi rasa yang sama.. 
tak pernah aku berniat merampas apa yg ada darimu,,
jauh sekali memiliki apa yg ada padamu..
apa yg aku lakukan hanya untuk ketenangan diriku sendiri..
Ya Allah.. Aku mohon maaf andai terbit niat buruk dalam hati ini..
kerana aku juga hanyalah insan biasa..
kepada si dia, maaf sekiranya kau berkecil hati dgnku.. atau merasa diri ini menjadi persaingmu..
harapan untuk Kau dan Aku menjadi sahabat tidak pernah luput..

AHAI... MUNGKINKAH BEGINI,,
HANYA MIMPI!!!

No comments: