Wednesday 13 November 2013

Melihat Dunia Dengan Perspektif yang Berbeza


~ROBERT BRAULT~
mengatakan...
Hargai setiap detik yang mendatang kerana ia mungkin menjadi detik terindah dalam hidupmu. :)
Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan? sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Kesedihan dan Kegembiraan berjalan seiring dalam arus kehidupan kita. Kemampuan untuk kita menangani setiap kesedihan yang ada juga merupakan satu kegembiraan. Bukankah begitu ?
Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup? Sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak. bukankah lebih ramai lagi yang menghidap masalah yang lebih besar? penyakit seperti kanser yang menghidap sesorang juga msalah kepada mereka? kemiskinan yang tida berkesudahan juga suatu masalah? dan banyak lagi masalah yg berpanjangan.. 
kita yang mengalami masalah yang boleh diselesaikan atau mungkin juga ada masalah yang hanya boleh kita abaikan.. jadi mengapa kita mahu berputus asa? 
Mengapa harus berkeluh kesah? sedangkan masalah yang kecil ini.. ia akan berlalu juga pada akhirnya. Bergantung kepada diri kita? sama ada terus berkurung memikirkan masalah yang ada atau bertindak menyelesaikan masalah yang ada .. bukankah lebih baik begitu?
"Hidup ini menggembirakan sekiranya kita sendiri yang menggembirakan" 

"Membuat orang lain turut merasa gembira juga merupakan kebahagiaan kepada kita" 

  

kata-kata ini juga yang mengajar saya untuk belajar melihat dunia dengan perspektif yang berbeza, mengingatkan saya supaya mencari kebahagiaan dalam semua perkara walau sekecil mana pun ia. 

No comments: